Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

HAI-O EZIGROW.




PENGALAMAN MENGGUNAKAN HAI-O EZIGROW

1. Ezigrow keluaran Hai-o Marketing Snd Bhd. Mula digunakan pada musim 1/2011. Diperkenalkan oleh seorang kawan sekerja.

2. Hasil perbualan dengan petani-petani di negeri Kedah, kesan/hasil agak memuaskan. Percubaan juga dijalankan ke atas landscape dipersekitaran tempat kerja, maklum balas dari tukang kebun juga menyatakan ada kelainan terhadap pokok apabila menggunakan Ezigrow.

3. Hasil dua maklum balas tersebut saya mengambil keputusan untuk mencuba terhadap tanaman padi musim 1/2011.

4. Pada musim 1/2011 saya membuat dua penambahan iaitu penggunaan Ezigrow dan penggunaan baja urea semasa peringkat pengisian susu. Hasilnya penambahan berat padi dari 6180 kg meningkat kepada 8940 kg. Meningkat sebanyak 2770 kg atau 30.98%.

MAKLUMAT HAI-O EZIGROW.

1. BAJA FOLIAR adalah satu bahan baja terlarut yang disembur dalam bentuk cecair. Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi ke dalam daun melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel dalam masa satu jam. Sekiranua dibandingkan kesan baja foliar dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana menggiatkan 'electrogenic pump' ke dalam sel-sel.

2. HAI-O CZIGROW™ adalah satu baja foliar uang dirumus khas untuk tanaman beriklim tropika supaya boleh meningkatkan hasil serta kualiti tanaman. Hai-O Ezigrow™ mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuhan yang lengkap dan seimbang seperti mineral, asid humik, asid amino dan Iain-lain lagi. Kandungan unsur-unsur nutrien dan pengawal tumbesaran ini adalah penting untuk meningkatkan tumbesaran dan hasil tanaman serta mengawal pembentukan buah. Hai-O Ezigrow™ adalah sesuai digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan untuk tanaman seperti padi, tanaman jangka masa panjang, bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

KESAN-KESAN HAI-O EZIGROW™

1. Mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuh-tumbuhan yang lengkap dan seimbang untuk
mempertingkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan.

2. Mengandungi pengawal tumbesaran untuk menggiatkan tumbesaran serta menambah
kadar proses fotosintesis dan kadar gula (% Brix) dalam masa 1 jam selepas menyembur.

3. Mengandungi asid humik untuk meningkatkan penyerapan khasiat oleh tumbuh-tumbuhan, dengan itu menguatkan sistem keimunan tumbuh-tumbuhan supaua menjadlkannya lebih sihat.

4. Menambah hasil pengeluaran dan tanaman sehingga 70%.

5. Meningkatkan kualiti buah dan hasil pengeluaran.

6. Mengurangkan pengguguran bunga dan putik melalui pengawalan pengeluaran asid absisik.

7. Mesra alam dan biourai.

8. Mudah digunakan dengan menyembur atau menyiram.

9. Sesuai dicampur dengan racun kulat atau serangga.

10.Sesuai untuk semua jenis tanaman.

Pengalak Percambahan Benih Padi.


1. Pengalak Percambahan Benih Padi adalah bahan rawatan benih padi yang dirumus khas untuk mengalakan pengakaran dan kecegarsan anak padi serta boleh digunakan untuk sistem tabur dalam air dengan bantuan oksigen teraktif.
2. Pengalak Percambahan Benih Padi hanya satu-satunya produk yang ada di pasaran berupaya bertindak sebagai perisai terhadap serangan kulat dan bakteria yang terdapat pada biji benih agar anak padi bebas dari serangan penyakit.

Crop Tonic.


1. Crop tonic increase paddy plant immunity like broad spectrum on fungal disease attack such as sheath blight and Karah.
2. Mekanisma paddy plant be more impenetrable with Tonik's spray crop are because Tonik crop stimulate tree build cell wall and membrane strong cell and activate process lignifikasi in paddy plant if there is injury.
3. This is important so that tree more resisting and free from fungal disease and bacteria infection.

Baja Semburan Dedaun


1. Baja Semburan Dedaun
adalah satu-satunya produk baja dedaun pertama di Malaysia yang mengandungi pelekat non-ionik untuk serapan nutrien dengan lebih cepat dan berkesan.
2. Baja Semburan Dedaun
meningkatkan pemanjangan tangkai dan bilangan biji padi setangkai.
3. Baja Semburan Dedaun
juga meningkatkan kadar fotosintesis dan pengisian susu.
4. Baja Semburan Dedaun ialah sumber mikronutrien dan mengalakan kesuburan spikelet padi untuk kebernasan buah padi.
5. Kegunaan Baja Semburan Dedaun umur padi 20 hari, 45 hari dan 60 hari selepas di tabur.

Pengeluaran Beras Malaysia.

1. Malaysia kini hanya menghasilkan 70 peratus keperluan beras negara. Malaysia masih perlu mengimport 30 peratus daripada keperluan berasnya. Rakyat Malaysia perkapita menggunakan 77kg beras setahun.

2. Satu cara untuk menangani masalah itu ialah kerajaan sedang berusaha untuk membuka beberapa kawasan Jelapang Padi baru bagi memastikan bekalan beras negara terjamin, dan kawasan Jelapang Padi baru yang telah dikenalpasti adalah di Sabah dan Sarawak serta beberapa negeri lain. Di samping itu, sistem tali air di kawasan Jelapang Padi sedia ada akan dibaiki.

3. Sarawak bakal mencapai 100 peratus keperluan sendiri beras menjelang 2015 daripada 53 peratus ketika ini. Malaysia mengumumkan satu pelan untuk menjamin bekalan makanan domestik negara dengan peruntukan RM4 bilion. Jumlah besar wang ini akan digunakan untuk menjadikan Borneo sebagai jelapang padi negara yang ke sembilan.

4. MADA kini mempunyai kawasan tanaman padi seluas hampir 100,000 hektar yang menyumbang hampir 40 peratus keperluan beras negara. Pengeluaran purata padi MADA adalah sebanyak enam tan sehektar.

5. Thailand menghasilkan 20 juta tan metrik (22 juta U.S. tan) beras setahun dan mengeksport dalam 9 juta tan metrik (9.9 juta U.S.tan). Thailand merupakan import utama Malaysia sebanyak 60 peratus atau 480,000 tan metrik setahun.

6. Bernas berperanan memastikan harga beras yang berpatutan dan juga menyimpan stok yang mencukupi.

Baja Mampan 12:3:18:2:3:18+TE+IE.

Mampan adalah baja butiran padi premium yang menepati spesifkasi tanah tropika dan piawaian antarabangsa (IRRI) untuk meningkatkan hasil padi kea rah 10MT/ha. Baja ini mengandungi IE (ION EXCHANGER) iaitu “teknologi-nano” akan mengurangkan kehilangan N dan K. Teknologi-nano ini mempunyai cas negative yang dapat memegang dan melepaskan baja ini secara pelahan-lahan mengikut keperluan pokok padi bagi mencapai hasil yang maksimum.

Pembakaran Jerami

1. Pembakaran jerami tidak dapat dibakar dengan sempurna. Disebabkan sekitar bulan julai 2008 hujan turun dengan lebat.

2. Kebaikan pembakaran jerami dapat membantu menghapuskan benih padi angin.

3. Keburukannya pula akan menghilangkan unsur Netrogen dan Sulfur. Sulfur penting untuk tanaman bagi pembentukan protin, klorofil, amino asid dan karbonhidrat dalam pokok padi. Kekurangan sulfur akan menjejaskan pembentukan anak dan tangkai padi.