Keistimewaan Melayu Adalah Hak

PERKARA 153 Periembagaan Persekutuan mengiktirafhak istimewa orang-orang Melayu. la hendaldah ditafsir menurut sejarah dan falsafah yang ada di sebalik kewujudannya. Ini kerana peruntukan itu wujud dengan nilai, sejarah dan falsafah yang tertentu. Mungkin ada pembaca yang tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan ini. Mereka mungkin berkata, perubahan masa dan keadaan menuntut pemrubahan kepada budaya, keadaan sosial dan falsafah Perlembagaan negara. Walau apa pun, saya amat yakin bahawa majoriti masyarakat Melayu menganggap keistimewaan ini sebagai hak dan mereka inginkan nilai, sejarah dan falsafah kewujudan Perkara 153 diambil kira dalam membuat tafsirannya.

Amat menyedihkan apabila orang Melayu yang mendapat manfaat daripada Perkara 153 sendiri telah mentafsir peruntukan ini dengan menafikan "hak" orang Melayu. Atas apa alasan sekalipun ulasan atau tafsiran terhadap Perkara 153 dibuat, ia amat tidak adil kepada orang Melayu.

Hakikatnya, Perkara 153 Periembagaan Persekutuan, yang menjadi asas kepada kedudukan istimewa orang Melayu telah dikategorikan sebagai perkara sensitif. Mempersoalkan kedudukannya sehingga mencadangkan supaya ia dilupuskan daripada Periembagaan secara perundangannya dikategorikan sebagai satu hasutan. Peristiwa berdarah 1969 juga mempunyai kaitan dengan Perkara 153. Atas alasan kestabilan negara, perkara berkaitan keistimewaan Melayu diberi perhatian serius dan diklasifikasi sebagai perkara sensitif. Walaupun pendakwaan jarang sekali dilakukan berkaitan perbuatan mempersoalkannya, peruntukan berkaitan amat jelas wujud di dalam Akta Hasutan.

Keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukan perkara baru. la adalah antara menu utama dalam pembentukan asal negara ini. Istilah keistimewaan Melayu bermula sejak campurtangan British di Tanah Melayu. Ketika pemerintahan British, keistimewaan orang Melayu dijaga melalui polisi di dalam pentadbiran British. Polisi keistimewaan Melayu diiktiraf British kerana rungutan dan permintaan para raja Melayu.

Disebut di dalam laporan Suruhanjaya Reid bahawa keputusan untuk memasukkan peruntukan berkaitan keistimewaan Melayu ke dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mendapat tentangan yang menyerlah walaupun tindakan untuk menambahkan lagi keistimewaan tersebut mendapat reaksi negatif banyak pihak. (lihat Perenggan 165)
Suruhanjaya Reid juga menyebut mengenai pertembungan antara kehendak prinsip kesamarataan antara rakyat yang berbilang bangsa. Walaupun begitu, Suruhanjaya berpendapat, peruntukan mengenai keistimewaan Melayu amatlah diperlukan bagi menjaga kedudukan bangsa Melayu. Selain daripada itu, keistimewaan Melayu juga diperlukan bagi menjamin kedudukan Melayu dalam proses integrasi antara kaum-kaum di negara ini setelah prinsip "common nationality" diperkenalkan oleh Periembagaan Persekutuan 1957(lihat Perenggan 165). Apa yang dapat dihujahkan daripada kenyataan Laporan Suruhanjaya Reid ini ialah proses integrasi antara pelbagai bangsa yang ada di Tanah Melayu akan mengambil masa yang agak panjang. Pada andaian Suruhanjaya Reid sekiranya proses integrasi antara pelbagai kaum di negara ini menjadi bertambah baik, ia akan seterusnya dapat mengurangkan atau menghapuskan keistimewaan Melayu. Apa yang dapat difahami daripada kenyataan Suruhanjaya Reid ini adalah, selagi mana integrasi antara pelbagai kaum belum mencapai tahap matang, kedudukan istimewa Melayu harus dikekalkan.

Sehingga 53 tahun merdeka integrasi antara pelbagai bangsa di negara ini masih menjadi agenda utama negara. Perkara berkaitan perpaduan atau integrasi antara kaum kekal menjadi isu sensitif. Ada yang berpandangan bahawa perpaduan di kalangan rakyat Malaysia agak rumit kerana negara kita tidak menjalankan proses asimilasi yang mahukan semua pihak melenyapkan identiti bangsa masing-masing dengan menerapkan satu identiti sahaja.

Semua kaum di Malaysia masih mengekalkan identiti kaum masing-masing. Seorang cendeldawan mengibaratkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa seperti beberapa batang besi yang diikat bersama. Batang-batang besi tersebut akan terierai sekiranya tali pengikat yang menggabungkannya terputus. Batang-batang besi tersebut tidak dilebur dan dibekukan untuk menjadi satu batang besi yang lebih besar dan tegap. Batang-batang besi yang dilebur dan dikeraskan ini tidak akan terlerai sekiranya tali pengikatnya terputus.

Walaupun bersetuju dengan cadangan Parti Perikatan mengenai kedudukan istimewa Melayu, Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya keistimewaan Melayu disemak semula selepas 15 tahun. Kenapa 15 tahun? Adakah jangkamasa 15 tahun ini satu jangkamasa yang substantial? Jawapan kepada persoalan ini tidak dijelaskan oleh Suruhanjaya Reid.

Jangkamasa 15 tahun adalah andaian Suruhanjaya Reid. Hakikatnya, hanya masyarakat Malaysia selepas merdeka yang menentukan. Secara prinsipnya, kenyataan Suruhanjaya Reid ini bukanlah sesuatu yang mengikat. Sejauh manakah Suruhanjaya Reid, dapat menentukan integrasi kaum di Malaysia akan berjalan lancar dan boleh mencapai objektifhya hanya dalam masa 15 tahun. Hatta negara-negara yang tamadunnya beratus-ratus tahun masih lagi mempunyai masalah berkaitan perkauman dan ia kekal sampai ke hari ini. Pengajarannya ialah jangkamasa 15 tahun cuma jangkaan Suruhanjaya Reid. la tidak semestinya benar dalam realiti.

Walaupun mencadangkan jangka masa 15 tahun untuk disemak semula peruntukan ini, Laporan Suruhanjaya Reid juga menyebut bahawa, ia terpulanglah kepada keputusan kerajaan yang memerintah, sama ada untuk mengekal, atau mengurang atau melupus keistimewaan tersebut. Keputusan kerajaan tersebut tertakluk kepada keadaan masyarakat Melayu semasa semakan tersebut dilakukan (lihat Perenggan 167).

Hakikatnya keputusan sama ada keistimewaan Melayu perlu diteruskan ataupun tidak bergantung kepada keadaan dan status orang Melayu. Sekiranya integrasi antara pelbagai kaum tidak mencapai tahap matang seperti andaian Suruhanjaya Reid, kemungkinan untuk kerajaan meneruskan status quo Perkara 153 menjadi jelas. Selain daripada itu, sekiranya kedudukan ekonomi Melayu masih belum mencapai tahap yang boleh dianggap mampu bersaing dengan kaum bukan Melayu, Perkara 153 ini masih diperlukan. Atau, selagi orang Melayu fikir mereka masih memerlukan keistimewaan seperti yang termaktub, ia harus dikekalkan di dalam Perlembagaan.

Perlembagaan

Perkara 153 adalah di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Perlembagaan memberi kuasa kepada Raja-raja Melayu untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu. Perlembagaan tidak memberikan Parlimen kuasa penuh untuk meminda Perkara 153. Peruntukan ini hanya boleh dipinda sekiranya mendapat perkenan Raja-Raja Melayu. Selain daripada itu, apa juga polisi yang diperkenalkan berdasarkan Perkara 153 tidak boleh diubah kecuali mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Majoriti ahli Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya Yang di-Pertuan Agong menjalankan tanggungjawab menjaga keistimewaan Melayu atas nasihat Jemaah Menteri. Justice Abdul Hamid, ahli Suruhanjaya Reid dari Pakistan, dalam nota kecualiannya menyatakan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini adalah kuasa budi bicara. Baginda boleh menjalankan kuasa berkaitan keistimewaan Melayu di atas keputusan sendiri tanpa mendapatkan nasihat Jemaah Menteri.

Keadaan ini amat kukuh untuk dihujahkan bahawa keistimewaan Melayu di bawah Perkara 153 adalah satu "hak" dan bukanlah hanya keistimewaan dalam kata harfiahnya.

Saya perlu nyatakan bahawa Pekara 153 adalah sebahagian daripada hak asasi. Pengiktirafan sebegini juga diamalkan di negara-negara lain. Hak asasi ini diiktiraf oleh kebanyakan negara untuk menjaga kestabilan sosial supaya sesuatu kaum tidak terpinggir dan keadilan dapat dicapai dengan memberi peluang kepada semua. Hak asasi ini boleh dikatakan sebagai pengecualian kepada dasar kesamarataan menggunakan prinsip diskriminasi positif atau juga dikenali sebagai affirmative action.

Di negara seperti Amerika Syarikat, dasar affirmative action ini tidak disebut di dalam Perlembagaan. la hanyalah polisi pentadbiran negara. Negara kita mengiktiraf keistimewaan Melayu di dalam Perlembagaannya. Ini menjadikan kedudukan istimewa ini lebih "istimewa" berbanding amalan di Amerika Syarikat Perkara 153 diperkenalkan bukan kerana sifat rendah diri atau inferiority complex orang Melayu sebagaimana anggapan sesetengah pihak. la bukan tongkat kepada Melayu. la merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu kerana asal negara ini adalah "Tanah Melayu". la tiada kaitan dengan kedudukan kaum lain yang telah lama berada dan menyumbang kepada negara ini.

Objektif Perkara 153 bukan juga untuk mempersoalkan kehadiran kaum bukan Melayu di negara ini. Kaum bukan Melayu tidak Harus merasa bimbang dengan kekalnya Perkara 153 di dalam Perlembagaan.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah penghormatan harus diberikan kepada kaum Melayu dan penghormatan tersebut sebenamya di iktiraf oleh Perlembagaan. Walauapa pun, saya tidak fikir keistimewaan Melayu ini satu diskriminasi, walau dikatakan sebagai diskriminasi positif la adalah satu struktur sistem yang telah dicipta untuk kestabilan negara ini.

Oleh itu prinsip keluruhan Perlembagaan atau ketinggian Perlembagan harus sentiasa diberi perhatian sewajamya. Keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu di dalam Perkara 153 adalah satu hak yang diiktirafoleh Perlembagaan dan tidak harus dipertikaikan.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat kedudukan kaum bukan Melayu di negara ini. Walaupun peruntukan telah wujud sepanjang 53 tahun lepas, ia tidak menjadi penghalang yang besar kepada bangsa bukan Melayu untuk memakmurkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka di negara ini. Perkara 153 tidak menafikan kedudukan kaum bukan Melayu. Sebenarnya tiada hujah yang konkrit untuk dikatakan kuota Melayu menerusi Perkara 153 ini telah menafikan kedudukan kaum bukan Melayu sehingga menjadikan kaum bukan Melayu merempat di negara ini. Malah, apa yang kita saksikan dengan nyata ialah, kaum Melayu, atas apa sebab sekalipun, masih lagi di belakang kaum bukan Melayu dalam aspek kedudukan ekonomi. Tiada kemudaratan yang dilahirkan oleh Perkara 153 walaupun ia seringkali dijadikan alasan amalan ketidaksamarataan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Mingguan Malaysia, Dr Shamrahayu Abd. Aziz, Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur, 5 September 2010, Rencana.

Makanan yang Seimbang

Allah berkata dalam surah al-Baqarah ayat 172, "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah apabila benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah." Imam Qurtubi mentafsirkan 'rezeki yang baik-baik' sebagai 'makanan yang bermanfaat daripada segala sudut.' Mengambil makanan yang seimbang termasuk dalam manfaat ini kerana ia mendatangkan kesan positif kepada kesihatan.

Buah tamar adalah lambang makanan seimbang pada zaman Nabi Muhammad kerana ia mengandungi semua khasiat yang diperlukan. Jadi, utusan Tuhan menggemarinya. Menurut Bukhari dan Muslim, Abdullah bin Jaafar melaporkan, "Saya melihat Rasulullah makan tamar basah dan sayur jenis mentimun." Mengikut kajian, 100 gram buah tamar mengandungi lebih kurang 60 hingga 70 peratus karbohidrat, 15.3 peratus air, 2.5 peratus protein, 0.4 peratus lemak, 2.1 peratus zat-zat logam dan 3.9 peratus serat. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah di dalam tamar berkhasiat bagi manusia.

Secara umumnya, terdapat lima kumpulan makanan yang diperlukan oleh manusia. Kumpulan-kumpulan itu adalah kumpulan karbohidrat seperti nasi, gandum, roti dan gula. Kumpulan protein seperti daging dan ikan. Kumpulan lemak seperti minyak dan krim. Kumpulan tenusu seperti susu dan dadih dan kumpulan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Karbohidrat
Menurut Abu Daud, Yusufbin Abdullah bin Salam melaporkan, "Aku melihat Rasulullah mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya." Setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat dalam makanannya setiap hari kerana ia mendatangkan tenaga atau calories.

Karbohidrat yang terbaik adalah karbohidrat kompleks atau complex carbohydrate, yang terdapat di dalam pasta, bijirin, gandum, nasi dan yang seumpamanya. Karbohidrat kompleks tidak hanya berfungsi sebagai makanan yang menyalurkan tenaga kepada manusia melalui gula aslinya. la juga mempunyai zat-zat logam, vitamin dan bahan serat yang penting bagi kesihatan manusia. Sebaliknya, karbohidrat biasa seperti yang
terdapat dalam gula-gula, coklat, sirap dan air botol bergas, hanya mempunyai kalori tanpa vitamin, zat logam dan serat. Jadi, ia kurang berkhasiat dan pengambilannya perlu dikurangkan ataupun dihentikan.

Protein
Menurut Bukhari dan Muslim, daripada 'Amr bin Umayyah, "Beliau melihat Rasulullah memotong daging kambing untuk dimakan dengan menggunakan sebilah pisau. Apabila suara azan berkumandang baginda berhenti dan terus bangun bagi melaksanakan solat."

Protein ialah rangkaian asid amino yang mengandungi karbon, nitrogen, hidrogen dan oksigen. la menjadi komponen utama otot, organ dan kelenjar di dalam tubuh badan manusia. Badan kita memerlukan lebih kurang 20 asid amino bagi diproses menjadi protein. Sembilan daripada asid-asid amino ini perlu diperoleh daripada makanan kerana tubuh badan manusia tidak mampu menghasilkannya. Protein yang terdapat dalam setiap daging dan produk binatang mengandungi asid-asid amino yang diperlukan ini secara lengkap. Sebaliknya, protein sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan tidak mengandunginya secara lengkap. Oleh itu, mereka yang tidak memakan daging iaitu golongan vegetarian, perlu mengambil pelbagai jenis sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan supaya asid amino yang diperlukannya mencukupi.

Bagi menjaga kesihatan, 20 peratus daripada tenaga kalori seseorang perlu datang daripada sumber protein. Sebaik-baik protein adalah yang rendah kadar lemaknya, seperti yang terdapat dalam daging binatang ternakan yang dibuang kulitnya, ikan, kekacang dan bijirin. Seseorang yang mengambil daging binatang secara berlebihan akan menaikkan kadar lemak tepu dan kolesterol dalam darahnya dan keadaan ini membebankan buah pinggang dan akhirnya mengancam kesihatannya.

Lemak
Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhammad berkata, "Makan minyak zaitun, dan sapu kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati." Lemak mengandungi
karbon, hidrogen dan oksigen. la diperlukan oleh manusia kerana ia membekalkan asid lemak atau fatty acids, terutamanya linoleic acid yang diperlukan bagi memantapkan sistem pembekuan darah, mengawal darah tinggi, radang sendi dan yang seumpamanya. Lemak juga berfungsi sebagai pembekal tenaga kepada manusia di samping pembawa vitamin A, D, E dan K dalam darah.

Secara dasarnya, terdapat dua jenis lemak, iaitu lemak tepu atau saturated fat dan lemak tak tepu atau unsaturated fat. Lemak tepu terdapat dalam daging-daging binatang, produk tenusu, ais krim dan minyak kelapa. Lemak tak tepu pula terbahagi kepada dua, iaitu, lemak monounsaturated yang terdapat dalam minyak zaitun dan kacang tanah dan lemak polyunsaturated yang terdapat dalam minyak jagung, bunga
matahari dan kacang soya. Lemak tepu mengandungi banyak kolesterol dan pengambilannya secara berlebihan menyebabkan kegemukan sekali gus meningkatkan risiko seseorang diserang sakit jantung koronari. Justeru, lemak tak tepu perlu diutamakan dalam pemakanan seseorang. Bagi mereka yang berumur lebih daripada dua tahun, sumber tenaga kalori yang diperoleh daripada lemak tidak sepatutnya melebihi 30 peratus daripada makanan harian mereka.

Susu dan Produk Tenusu
Menurut Muslim, Abu Hurairah berkata, "... Nabi Muhammad menyuruh supaya susu kambing dibawa kepada baginda dan selepas dibawa, baginda minum segelas daripadanya. Kemudian apabila baginda diberikan gelas yang kedua baginda tidak menghabiskannya dan berkata, 'Orang Islam minum dengan satu perut, sedangkan orang kafir minum dengan tujuh perut'."

Susu dan produk tenusu atau dairy products, mengandungi banyak lemak tepu. Oleh itu, pengambilannya perlu dihadkan. Namun produk-produk ini ada kepentingannya kerana ia
mengandungi kalsium, vitamin B12, B2, A dan D. Cara yang terbaik adalah memilih susu yang mempunyai kadar lemak yang rendah supaya khasiatnya dapat dimanfaatkan.

Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Menurut Bukhari dan Muslim, Abdullah bin Jaafar melaporkan, "Saya melihat Rasulullah memakan tamar basah dan sayur jenis mentimun." Makanan daripada kumpulan ini perlu diperbanyakkan kerana khasiatnya tinggi. Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Oleh itu, pengambilannya mengurangkan lemak dalam badan dan ini bermanfaat bagi mereka yang hendak mengawal kegemukan. Tambahan daripada itu, makanan daripada kumpulan ini mempunyai serat, vitamin dan zat-zat logam yang dapat mencegah seseorang daripada dihinggapi penyakit kanser. Selain itu, ia juga dapat memantapkan sistem pertahanan di dalam badan. Kesimpulannya, makanan yang seimbang ialah makanan yang halal dan berkhasiat yang mempunyai bahan karbohidrat kompleks, sayur-sayuran dan buah-buahan. Di samping itu, ia juga perlu mengandungi protein yang diambil daripada sumber yang rendah kadar lemaknya dan bahan lemaknya pula dipilih daripada kumpulan yang tak tepu.

Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden, Dr. Danial Zainal Abidin, PTS Millennia SDN.BHD.Selangor, 2010, hal 31

Jual racun subsidi

JITRA: Segelintir petani di sini dikesan menjual racun padi subsidi kepada pihak tertentu bagi mendapat keuntungan mudah berikutan bahan itu diberikan secara percuma oleh kerajaan.

Perbuatan tidak bertanggungjawab dikesan selepas seorang petani tertipu dengan pemilik kedai baja dan racun di Pantai Halban, di sini yang menjual kepadanya racun subsidi.

Md Saad Pin, 59, dari Kampung Pasir, Mukim Naga di sini, berkata pemilik kedai terbabit menunjukkan katalog jenis racun yang dijual di kedainya dan didakwa dikeluarkan oleh kilang milik persendirian serta dijual dengan pelbagai peringkat harga.
Katanya, pemilik kedai itu mencadangkannya supaya membeli racun jenis Padan yang khusus untuk serangan serangga perosak di sawahnya itu dengan harga RM30 sekotak.

"Pemilik kedai itu membungkus racun berkenaan dengan plastik hitam menyebabkan saya tidak memeriksa label di kotak racun itu kerana menyangka racun yang serupa seperti yang dipilih di dalam katalog.

"Apabila tiba di rumah dan mahu menggunakan racun itu, saya terperanjat kerana label di kotaknya menunjukkan ia hak milik kerajaan dan tidak boleh dijual," katanya ketika ditemui.

Md Saad membeli racun berkenaan setelah tidak mendapat bekalan dari Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang tidak membekalkan racun jenis itu di kawasan sawah GII dan HII.

Katanya, dia percaya bekalan racun itu tidak dijual oleh petani di sekitar kawasan Jitra.

Beliau juga kecewa dengan tindakan sesetengah petani yang menyalahgunakan bantuan subsidi kerajaan kerana mereka seolah-oleh tidak menghargai pemberian terbabit.

"Sebagai petani, saya amat memerlukan bantuan racun subsidi itu, tetapi ia tidak
dibekalkan kepada kami dan MADA hanya membekalkan tiga jenis racun iaitu racun
untuk tikus, siput gondang dan juga kulat.

"Sebaliknya saya pula tertipu dan terpaksa membeli barang yang subsidi kerajaan secara percuma dengan harga yang mahal dan saya percaya mereka yang tergamak menjual racun subsidi itu memperoleh bahan itu di luar Kedah,"katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertanian Kedah, Ismail Salleh ketika dihubungi berkata, racun atau baja subsidi adalah pemberian kerajaan bagi memastikan petani mampu menghasilkan pengeluaran padi yang lebih banyak dan ia tidak boleh dijual dengan apa cara sekalipun.

Katanya, beliau akan menyiasat dengan lebih terperinci mengenai kejadian itu dan mengadakan pemantauan lebih kerap di kedai menjual baja dan racun yang menjadi tumpuan petani atau mereka yang berkenaan menjual barangan subsidi kerajaan.

"Pemilik kedai mahupun petani sendiri dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan tawaran antara satu sama lain yang mahu membeli atau menjual baja atau racun demi mencari keuntungan peribadi.

"Kegiatan ini adalah salah kerana kerajaan memberikan bantuan itu demi kebaikan hidup petani dan sesiapa yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman dan denda yang setimpal," katanya.

Berita Harian, Irma Enany Mohd, The New Straits Times, Kuala Lumpur, 23.7.2010; Edisi Utara hal.6

Season computation of income 2/2009

Berat Padi Kg 5860.00
Potongan Kg 1172.00 (20%)
Jumlah Berat Padi (Bersih) 4688.00
Pendapatan Padi (RM) 4922.40
Subsidi (RM) 1163.09 (24.81%)
Insentif Hasil Meningkat (RM) 0
Jumlah Pendapatan Kasar (RM) 6085.49
Mesin Padi (RM) 498.10
Tambang Lori (RM) 146.50
Membajak (RM) 520.00
Jumlah Kos Jentera (RM) 1164.60 (19.14%)
Biji Benih (RM) 490.00
Modal Bukan Jentera (RM) 1000.00
Zakat (RM) 608.55
Jumlah Kos Bukan Jentera (RM) 2098.55 (34.48%)

Jumlah Keseluruhan Kos (RM) 3263.15 (53.62%)
Jum. Pendapatan Bersih (RM) 2822.34 (46.38%)
Jum. Pendapatan Sebulan (RM) 470.39