Oil Palm


1. Penanaman pokok kelapa sawit klon DXP menghasilkan 39 tan/hektar.
2. Tanaman padi MR219 6.5 tan/hektar.
3. Hasil kelapa sawit sebulan RM1800.
4. Hasil tanaman padi sebulan RM1000.
5. Rasa-rasanya nak beralih tanaman padi kepada kelapa sawit.
6. Sabar cari maklumat dan buat keputusan.

JADUAL PENGURUSAN PENANAMAN PADI MR219 MUSIM 2/2009

Tarikh : 24/09/09
Hari : -1 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : Benih padi dirawat dengan Penggalak Percambahan Biji Benih. Gunakan 20 kg benih padi, 25 liter air dan 35ml Penggalak Percambahan Biji benih. Selama 24 jam.



Tarikh : 26/09/09
Hari : 0 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : Selepas 24 jam sejatkan benih ini selama 12 jam di tempat yang redup dan terus tabur dalam air sedalam 5cm. Gunakan kadar 60 kg benih padi seekar.


Tarikh : 02/10/09
Hari : 7 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : Menyulam benih yang telah bercambah.


Tarikh : 09/10/09
Hari : 14 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : Kawalan rumpai (Norminee 100SC)
Masukan air beransur-ansur.




Tarikh : 10/10/09
Hari : 15 hari
Peringkat Pertumbuhan : Mula beranak
Keluasan 1 ekar : 2.5 beg Baja Campuran NPK Subsidi + 1 beg Baja NS




Tarikh : 15/10/09
Hari : 20 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : 75ml Tonik Tanaman + 100ml Baja Semburan Dedaun disembur dengan air untuk 1 tong (pam) bersaiz 3 atau 4 gelen (18 liter) + Racun Rumpai Fezone 40K. Gunakan 5 tong (pam)


Tarikh : 20/10/09
Hari : 25 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : Menyulam





Tarikh : 27/10/09
Hari : 32 hari
Peringkat Pertumbuhan : Racun ulat Tapisan.


Tarikh : 30/10/09
Hari : 35 hari
Peringkat Pertumbuhan : Beranak aktif
Keluasan 1 ekar : 2.5 beg Baja Urea Subsidi





Tarikh : 09/11/09
Hari : 45 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : 75ml Tonik Tanaman + 100ml Baja Semburan dicampur dengan air untuk 1 tong (pam) bersaiz 3 atau 4 gelen (18 liter). Racun ulat Tapisan. Gunakan 5 tong (pam)


Tarikh : 14/11/09
Hari : 50 hari
Peringkat Pertumbuhan : Pembentukan Tangkai
Keluasan 1 ekar :

Tarikh : 19/11/09
Hari : 55 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : 2 beg Baja NPK Tambahan + 3 beg NPK Subsudi




Tarikh : 24/11/09
Hari : 60 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : 75ml Tonik Tanaman + 100ml Baja Semburan + Racun Kulat Armure 300EC dicampur dengan air untuk 1 tong (pam) bersaiz 3 atau 4 gelen (18 liter). Gunakan 5 tong (pam)

Tarikh : 04/12/09
Hari : 70 hari
Peringkat Pertumbuhan : Pengisian Biji
Keluasan 1 ekar :

Tarikh : 09/12/09
Hari : 75 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : 1.5 beg Baja Urea Subsidi + 1 beg Baja NS.

Tarikh : 19/12/09
Hari : 85 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : 75ml Tonik Tanaman + 100ml Baja Semburan dicampur dengan air untuk 1 tong (pam) bersaiz 3 atau 4 gelen (18 liter). Gunakan 5 tong (pam)


Tarikh : 24/12/09
Hari : 90 hari.
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar :Racun serangga piangang Lebaycid 550EC.


Tarikh : 03/01/10
Hari : 100 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : Buang air





Tarikh : 13/01/10
Hari : 110 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : Tuai

Season computation of income 1/2009

Berat Padi Kg 6540.00
Potongan Kg 1504.20 (23%)
Jumlah Berat Padi (Bersih) 5035.80
Pendapatan Padi (RM) 5690.45
Subsidi (RM) 1249.38 (24.81%)
Insentif Hasil Meningkat (RM) 0
Jumlah Pendapatan Kasar (RM) 6939.84
Mesin Padi (RM) 555.90
Tambang Lori (RM) 163.50
Membajak (RM) 440.00
Jumlah Kos Jentera (RM) 1159.40 (16.71%)
Biji Benih (RM) 476.00
Modal Bukan Jentera (RM) 2471.50
Zakat (RM) 693.98
Jumlah Kos Bukan Jentera (RM) 3641.48 (52.47%)

Jumlah Keseluruhan Kos (RM) 4800.88
Jum. Pendapatan Bersih (RM) 2138.95 (30.82%)
Jum. Pendapatan Sebulan (RM) 356.49

First Season Latest Situation 2009. Paddy plant age 113 day.

1. Musim kedua 2009 yang perlu diambil perhatian adalah pengurangan padi angin dan serangga pinggang.2. Keadaan buah padi yang dikehendaki oleh setiap pesawah. Tetapi serangga pinggang sering menidakkannya.

First Season Latest Situation 2009. Paddy plant age 99 day.

1. Sawah telah ditakung air selama seminggu sebelum benih ditabur.
2. Bertujuan untuk mengurangkan kuantiti percambahan benih padi angin.
3. Walau bagaimana pun oleh kerana kelewatan memasukan air selepas percambahan benih padi menunjukkan bilangan padi angin bertambah pada musim ini.
4. Pada musim kedua 2008 14 hari selepas benih ditabur manakala pada musim pertama 2009 30 hari selepasa benih padi ditabur.
5. Kesimpulan Tempuh masa takungan air sebelum dan selepasa benih padi ditabur mempengaruhi bilangan percambahan benih padi angin.1. Terdapat beberapa tompok keadaan pokok padi daunnya bersaiz besar dan lebat.
2. Keadaan ini berkemungkinan besar pokok padi akan rebah.
3. Tangkai padi lebih pendek, kebernasan buah kurang dan tidak berkualiti.

Grapes Cultivation

1. Penanaman anggur di Malaysia bermula pada 15 April 1987.
2. Ia dimulakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis.2. Buah anggur tidak boleh terkena air hujan.
3. Hujan menyebabkan buah pada semua peringkat akan menjadi hitam dan rosak.4. Untuk menghasilkan buah daun pokok anggur perlu dibuang sepenuhnya.
5. Dari tarikh daun dibuang mengambil masa 110 hari buah boleh dipetik.6. Hasil pengeluaran buah anggur boleh di set menjadikan ia tidak bermusim.
7. Kualiti buah anggur di Malaysia setakat hari ini tidak boleh menandingi seperti anggur dari negara asal, sama ada dari segi saiz dan rasa.

First Season Latest Situation 2009. Paddy plant age 75 day.

1. Umur pokok padi 75 hari.
2. Terdapat banyak kupu - kupu kecil di celah - celah daun pokok padi.
3. Terdapat juga bena hijau dibahagian bawah batang pokok padi.1. Semburan racun serangga (Tapisan) dilakukan.1. Pada pagi keesokannya didapati kupu - kupu kecil bersepah mati di permukaan air.

First Season Latest Situation 2009. Paddy plant age 65 day.

1. Padi angin yang tak sabar - sabar nak mengeluarkan hasil.
2. Padi angin yang terlalu banyak akan mengurangkan hasil.
3. Keburukan padi angin adalah mudah gugur daripada tangkai walau pun menerima gegeran dari tiupan angin.1. Umur padi ketika ini adalah 65 hari.1. Keadaan pokok padi berada dalam keadaan baik.
2. Tiada tanda - tanda serangan dari serangga perosak.1. Batang pokok padi mulai keras, ini menunjukkan bila - bila masa sahaja bunga padi akan dihasilkan.