Pengeluaran Beras Malaysia.

1. Malaysia kini hanya menghasilkan 70 peratus keperluan beras negara. Malaysia masih perlu mengimport 30 peratus daripada keperluan berasnya. Rakyat Malaysia perkapita menggunakan 77kg beras setahun.

2. Satu cara untuk menangani masalah itu ialah kerajaan sedang berusaha untuk membuka beberapa kawasan Jelapang Padi baru bagi memastikan bekalan beras negara terjamin, dan kawasan Jelapang Padi baru yang telah dikenalpasti adalah di Sabah dan Sarawak serta beberapa negeri lain. Di samping itu, sistem tali air di kawasan Jelapang Padi sedia ada akan dibaiki.

3. Sarawak bakal mencapai 100 peratus keperluan sendiri beras menjelang 2015 daripada 53 peratus ketika ini. Malaysia mengumumkan satu pelan untuk menjamin bekalan makanan domestik negara dengan peruntukan RM4 bilion. Jumlah besar wang ini akan digunakan untuk menjadikan Borneo sebagai jelapang padi negara yang ke sembilan.

4. MADA kini mempunyai kawasan tanaman padi seluas hampir 100,000 hektar yang menyumbang hampir 40 peratus keperluan beras negara. Pengeluaran purata padi MADA adalah sebanyak enam tan sehektar.

5. Thailand menghasilkan 20 juta tan metrik (22 juta U.S. tan) beras setahun dan mengeksport dalam 9 juta tan metrik (9.9 juta U.S.tan). Thailand merupakan import utama Malaysia sebanyak 60 peratus atau 480,000 tan metrik setahun.

6. Bernas berperanan memastikan harga beras yang berpatutan dan juga menyimpan stok yang mencukupi.

Baja Mampan 12:3:18:2:3:18+TE+IE.

Mampan adalah baja butiran padi premium yang menepati spesifkasi tanah tropika dan piawaian antarabangsa (IRRI) untuk meningkatkan hasil padi kea rah 10MT/ha. Baja ini mengandungi IE (ION EXCHANGER) iaitu “teknologi-nano” akan mengurangkan kehilangan N dan K. Teknologi-nano ini mempunyai cas negative yang dapat memegang dan melepaskan baja ini secara pelahan-lahan mengikut keperluan pokok padi bagi mencapai hasil yang maksimum.

Penyakit Karah Daun (Phyricularia Oryzae)

Ringkasan Dianostik.

Kemusnahan Tumbuhan.
-Menghasilkan spora

Faktor Menyebabkan Penyakit Berkembang.
-Kehadiran spora di udara sepanjang tahun.
-Sawah di tanah tinggi.
-Keadaan mendung, kekerapan hujan dan hujan renyai-renyai.
-Paras Netrogen yang tinggi.
-Kelembapan persekitaran yang tinggi dan daun yang basah atau lembab.

Kawalan.
-Racun kulat Fujione 40 EC.
-10 liter air + 36ml Fujione 40 EC.
-3 semburan maksimun semusim.
-Lakukan semburan sebaik sahaja tanda penyakit karah daun kelihatan.

JADUAL PENGURUSAN PENANAMAN PADI MR219/220 MUSIM 1/2009


Tarikh : 25/03/09
Hari : -1 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : Benih padi dirawat dengan Biovit. Gunakan 20 kg benih padi, 25 liter air dan 35ml Biovit. Selama 24 jam.



Tarikh : 27/03/09
Hari : 0 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : Selepas 24 jam sejatkan benih ini selama 12 jam di tempat yang redup dan terus tabur dalam air sedalam 4 inci. Gunakan kadar 60 kg benih padi seekar.



Tarikh : 10/04/09
Hari : 14 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : Kawalan rumpai (Norminee 100SC)






Tarikh : 11/04/09
Hari : 15 hari
Peringkat Pertumbuhan : Mula beranak
Keluasan 1 ekar : 3 beg Baja Campuran NPK Subsidi + 1 beg Baja NS



Tarikh : 16/04/09
Hari : 20 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : 75ml Robust + 100ml Vita-Grow Plus atau 75ml Tonik Tanaman + 100ml Baja Semburan dicampur dengan air untuk 1 tong (pam) bersaiz 3 atau 4 gelen (18 liter). Gunakan 5 tong (pam)



Tarikh : 21/04/09
Hari : 25 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : Menyulam







Tarikh : 01/05/09
Hari : 35 hari
Peringkat Pertumbuhan : Beranak aktif
Keluasan 1 ekar : 1.5 beg Baja Urea Subsidi



Tarikh : 11/05/09
Hari : 45 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : 75ml Robust + 100ml Vita-Grow Plus atau 75ml Tonik Tanaman + 100ml Baja Semburan dicampur dengan air untuk 1 tong (pam) bersaiz 3 atau 4 gelen (18 liter). Gunakan 5 tong (pam)


Tarikh : 16/05/09
Hari : 50 hari
Peringkat Pertumbuhan : Pembentukan Tangkai
Keluasan 1 ekar :


Tarikh : 21/05/09
Hari : 55 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : 2 beg (25 kg/beg) Baja Mampan 12:3:18:2:3:18+TE+IE atau 2 beg Baja NPK Tambahan + 3 beg NPK Subsudi


Tarikh : 31/05/09
Hari : 65 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : 75ml Robust + 100ml Vita-Grow Plus atau 75ml Tonik Tanaman + 100ml Baja Semburan + Scor dicampur dengan air untuk 1 tong (pam) bersaiz 3 atau 4 gelen (18 liter). Gunakan 5 tong (pam)

Tarikh : 05/06/09
Hari : 70 hari
Peringkat Pertumbuhan : Pengisian Biji
Keluasan 1 ekar :

Tarikh : 10/06/09
Hari : 75 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : 1.5 beg Baja Urea Subsidi

Tarikh : 20/06/09
Hari : 85 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : 75ml Robust + 100ml Vita-Grow Plus atau 75ml Tonik Tanaman + 100ml Baja Semburan dicampur dengan air untuk 1 tong (pam) bersaiz 3 atau 4 gelen (18 liter). Gunakan 5 tong (pam)




Tarikh : 05/07/09
Hari : 100 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : Buang air






Tarikh : 10/07/09
Hari : 110 hari
Peringkat Pertumbuhan :
Keluasan 1 ekar : Tuai